CIRI KEPIMPINAN PENGETUA YANG CEMERLANG
Cekap dan banyak menghabiskan masa mengelola kan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982: 6)Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini. Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini, pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Pengetua juga perlu faham dengan keadaan guru-guru yang mengajar di sekolah dengan cara mengambil berat terhadap kebajikan mereka dan keperluan mereka
Tiga ciri utama
Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan Rasulullah SAW iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan.
Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.
Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri.
Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
Sehubungan itu, wajar kita melatih generasi muda supaya mempunyai nilai dan ciri kepemimpinan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di sekelilingnya. Untuk itu kita perlu melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
Selain itu, mereka juga hendaklah didedahkan kepada sirah Rasulullah SAW supaya menerapkan dalam diri sifat bertanggungjawab, amanah, seperti ditunjukkan Baginda SAW untuk menjadi pemimpin hebat di masa depan.
Kerja berpasukan
Membabitkan diri dalam organisasi dapat memupuk nilai kepemimpinan generasi muda dalam masyarakat. Ini dilakukan oleh Rasulullah SAW, ketika berumur 20 tahun Baginda aktif sebagai anggota Hilful Fudhul iaitu organisasi masyarakat Makkah yang menjaga daripada gangguan musuh dan penganiayaan pihak asing.
Melalui pembabitan dalam bidang sukan akan melatih anak muda erti perjuangan, kemenangan, kekalahan serta tidak mudah mengaku kalah. Persaingan hidup dalam semua perkara dan bidang hari ini semakin sengit, justeru mereka perlu bersedia.
Dalam sukan atau pertandingan juga ditanamkan semangat bekerjasama secara berpasukan atau hidup berjemaah kerana kekuatan dan saling bekerjasama berpasukan penting untuk memperoleh kemenangan.
Hakikatnya, banyak nilai positif dalam kepemimpinan perlu didedahkan kepada generasi muda kerana kita tidak mahu meninggalkan generasi yang lemah untuk menghadapi cabaran lebih hebat terhadap Islam serta umatnya pada masa hadapan
Ulasan
Catat Ulasan