RUMUSAN

Kesimpulannya, daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang
individu itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan
dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan
dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya
mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin.
Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh
mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan. Berdasarkan  bab 4 iaitu Kepimpinan 
dan Organisasi ini saya dapat memahami mengenai gaya kepimpinan, organisasi sekolah, 
kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Hal ini dimana, kepimpinan tertinggi  ini diketuai 
oleh Menteri Pendidikan yang memainkan tanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal 
pendidikan di Malaysia. Seterusnya, ialah pengurusan sekolah dimana pengurusan sekolah ini 
diketuai oleh pengetua yang memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah. Berdasarkan 
pemahaman saya, pengetua memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan 
sesebuah sekolah tersebut. Selain itu, guru kanan pentadbiran juga memainkan peranan dalam 
menggantikan tugas pengetua sekiranya ketiadaan pengetua. Seterusnya, bagi memastikan 
keberkesanan organisasi dalam pada peringkat sekolah, pengurusan sekolah akan membahagikan 
guru bidang iaitu bidang bahasa, sains dan matematik, teknik dan vokasional serta kemanusiaan. 
Kesimpulannya, bagi memastikan keberkesanan dan kemajuan pendidikan di Malaysia adalah 
berdasarkan kepada kepimpinan sesebuah organisasi dimana organisasi pendidikan dari peringkat 
kepimpianan tertinggi sehingga peringkat bawahan.



 RUJUKAN
  • A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
  • Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press.
  • Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN PEMBELAJARAN