TIGA JENIS KEPIMPINAN

tiga jenis gaya kepimpinan
a) Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
b) Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
c) Gaya kepimpinan Laissez-faire
Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang memberikan@menjamin kebebasan kepada individu. Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi sekolah,Terdapat satu jenis kepimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin iaitu jenis kepimpinan berperikemanusiaan
Jenis Kepimpinan Berperikemanusiaan
Ada satu lagi gaya kepimpinan yang amat menarik. Gaya kepimpinan berperikemanusiaan adalah gaya kepimpinan yang lebih mengutamakan kebajikan pekerja di bawahnya. Malahan itu, pemimpin ini lebih mementingkan keadaan persekitaran kerja yang lebih teratur dan selesa untuknya sebagai majikan dan pekerja dalam organisasi tersebut.
Kepimpinan gaya berperikemanusiaan juga menggalakkan kewujudan semangat kerjasama, hormat-menghormati antara majikan dan pekerja yang berada di bawah organisasi tersebut. Pemimpin gaya berperikemanusiaan akan memastikan tiada konflik yang akan berlaku di antara majikan dan pekerja serta di antara pekerja dan pekerja. Sekiranya konflik berlaku majikan akan mempertimbangkan dan menyelesaikan konflik tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan